Monday 25 February 2013

hello out there!

hellohellohello ! wahh berhabuk bersawang berlalang sume ade kat blog usang ku ini. patut la asyik kene perlii je ngan adikku, nani. sorryy bukan niat di hati tak nak update tapi yelah. byk bende yang mncemburui like masa yg singkat, malas, nafsu tdo jadi tak dapek la then nak tulis blog smpailah Alhamdulillah diberi kekuatan jugak finally today. o yeah !

tapi reason yang paling tepat is sebab aku baru je lepas deactivate fb (sebab ttbe dapat syndrome tak boleh lepaskan fb even seminit utk sesuatu yang lebih pnting like study, basuh baju etc xtau la knape.padahal bukannye ade notification pon.just like, tak tau la ttbe jadi sibok je nak tgk fb org yang obviously tak bg pape paedah langsung pon kat aku jadi utk elakkan terus hanyut dlm syndrome ni, bek aku deactivate terus.kan?

so because of this is my 1st entry after about a year ago, jadi aku tak berape nak ada idea nak tulis ape. just sukacita la utk aku kongsi sdikit sbnyk dari halakah yang aku Alhamdulillah digerakkan hati untuk join tadi.

It is about pengampunan Allah terhadap hambanya which is we ourselves. yes, Allah sntiasa mnjanjikan keampunan untuk kita stiap kali kita mohon ampun. everytime kite mohon ampun, Allah akn berkata kepada malaikat, "wahai malaikat, engkau mnjadi saksi bahawa Aku telah mngampunkan dosa hambaku itu".then kite ulang balik dosa tu, then kita mohon ampun, n kita sndiri tau Allah akan ampunkan lagi then kita buat lagi..

tapi kawan2, pernahkan anda terfikir, mngapa kita masih mngulangi kesilapan tu eventhough kite dah bertaubat?hurm.. ketahuilah kawan2. peringkat keampunan tu ada 3..

1.KEAMPUNAN KEINSAFAN
ini terjadi bila kita terbuat salah n kita rase sgt bersalah. n kita mintak ampun dgn Allah smpi mnngis2 teresak2.namunn esoknya, kita ulangi lagi kesilapan yang sama. n kita mintak ampun lagi  (just like what i always did). tapi sedarkah kita antara sbb2 kita still ulangi kesilapan tu is, hati kita yang dah sgt gelap.betapa gelapnya hati (kerana penuh dgn dosa) sehinggakan hidayah dan keampunan Allah masih tak dapat menembusi hati ? astaghfirullahalazim sama2lah muhasabah diri n mohon hidayah dr Allah.

2.KEAMPUNAN HIDAYAH
kita dah bertaubat. n dah berjaya tinggalkan dosa tu. for ex, kita selalu solat lambat n etc. and after kita betul2 bertaubat tu, Alhamdulillah kita dah berjaya sntiasa solat awal, mngaji, solat sunat etc. BUT, once kita terhanyut kembali ke dalam tampuk kehidupan kita yang lama, (solat lambat), ketahuilah Allah sgt terguris ngan kite.kenape kawan2? sebab.. Allah dan pilih kita untuk beri hidayahNya (yes. bukan kpd sume org Allah beri hidayahnya).Allah dah tunjuk kat kita, "this is the right way wahai hambaKu" tapi kita senang2 je mnsia2kannya..kawan2, kalau Alhamdulillah kita diberi hidayah ( ttbe terasa diri rajin n senang je utk beribadah n tinggalkan yang buruk), bersyukurlah dan jagalah hidayah itu sebaiknya kerana kita adalah insan2 yang terpilih utk terima hidayah tu. sepatutnya kita rasa beruntung sgt sbb Allah bg kita peluang untuk lebih dekat denganNya. jgn sampai one day, Allah kecewa dgn kita n finally kita jauh dgn hidayah Allah. nauzubillah. kerana hidayah itu sahajalah yang dapat bimbing kite utk sentiasa berada atas jalan yang lurus di dunia ni.



3.KEAMPUNAN RAHMAT
keampunan ini, mngikut sesetengah pendapat, hanya diperoleh oleh Saidina Umar ra. iaitu  beliau sntiasa mnyesal di atas dosanya menanam anak perempuannya hidup2 ketika sblm memeluk islam. bukan hanya teringat ketika hening malam yang sunyi, bukan hanya mnysal ketika di atas sejadah, tapi perasaan mnyesal itu sntiasa dirasai stiap detik dalam hidupnya. dan inilah tahap keampunan yang kita perlu sntiasa berusaha memperolehinya iaitu rase mnyesal, mohon taubat yang sbnar2nya, dan berazam akan mninggalkannya.seperti yang ada tertulis di majalah solusi,

"tanda taubat diterima, hati sudah tawar utk mngulangi dosa"


mudah2an bermanfaat utk smua walaupun sy ni bukanlah seorang penulis yang baik.okay guys. n harap if ada pape kekurangn or kesilapan bolehla ditegur. actually byk lagi bende yang nak aku story sepanjang ketidakhirauan aku terhadap blog ni. but its already 1am so i got to stop here. gudnite kawan2. Aslmlkm :)



Sunday 25 September 2011

nasihat seorang ayah

ijah..
belajar itu satu kewajipan..
maka belajarlah kerana Allah..
tuntutlah ilmu setinggi-tingginya kerana itulah yang dituntut oleh Allah..
siapa Allah?
tanyalah hatimu ijah.hanya hatimu sahaja yang mengetahuinya..

ijah..
membuat kebaikan itu satu kewajipan..
maka buatlah kebaikan terhadap sesiapun di muka bumi ini..
jadilah seorang manusia yang berguna kepada orang lain..
kerana sebaik baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain..

justeru,
datanglah seteruk mana pun ejekan atau hinaan yang menjatuhkan semangatmu untuk belajar bersungguh2,
datanglah setinggi mana pun pujian dan kebanggaan yang dapat meriakkanmu untuk berbuat kebaikan,

beristighfarlah ijah..
dan janganlah sesekali engkau berhenti dalam perjuangan ini..
kerana bukanlah pandangan orang yang engkau harapkan dalam perjuangan ini
tetapi hanyalah secebis keberkatan hidup dari yang maha Esa
jikalau engkau ikhlas kerana Allah, maka semangat itu akan sentiasa ada ijah.
dan ganjaran Allah itu pasti..

  "sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.."

ijah..
apabila engkau berda di tempat yang tertinggi dalam kalanganmu,
jika engkau merasa engkaulah yang paling baik dan berguna dibandingkan dengan rakan2 sekelilingmu,
jangan sesekali engkau merasa bangga dan riak ijah !
kerana ada ramai lagi manusia yang jauh jauh jauhh lebih hebat, lebih baik, lebih pandai, lebih sempurna, lebih berjaya darimu dalam dunia ini..
apalah sangat kebaikan dan kejayaan yang kita dah lakukan ni berbanding dengan apa yang terlah sahabat2 dan Nabi Muhammad telah lakukan..
sedarlah betapa kerdilnya engkau ijah..

dan begitu juga jikalau engkau merasa sedih..
kecewa dengan kelemahan diri, rasa diri ini tidak cantik, rasa diri ini tidak sempurna, tak berjaya, tak pandai..
jangan sesekali engkau bersedih.
kerana if u do,
nescaya engkau tergolong dalam golongan org yg tidak bersyukur..
bukankah engkau tau,
bersyukur itu lebih tinggi darjatnya dari bersabar?

 " dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah,nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya"

dan percayalah..
seteruk mana pun yang engkau rasa..
pasti ada manusia yang perasaann dan keadaannya lebih teruk darimu..
jadi bersyukur lah..kerana Allah masih menyayangimu..
dan sedarlah Allah memang sentiasa menyayangimu..
Allah lah satu-satunya kekasih yang tidak akan menghampakan kekasihnya ijah..
dan percayalah setiap ketentuan Allah itu ada hikmah disebaliknya
apa yang engkau dapat, maka itulah yang terbaik utk mu.
dan alangkah ruginya jikalau kau tidak yakin dengan Allah
kerana Allah sendiri telah berfirman,

"Aku ialah apa yang Engkau fikirkan tentang Ku"

jadi bersangka baiklah dengan Allah selalu...

ijah..
jagalah solat, nescaya Allah akan menjagamu..
kerana selepas sahaja engkau solat,
solat itu akan naik berjumpa dengan Allah s.w.t.

jika baik dan sempurna solatmu,
maka solat itu akan bertemu dengan Allah sebagai sehelai kain putih yang wangi baunya..
dan solat itu akan berdoa,

"yaAllah.. jagalah tuanku ini kerana dia telah menjaga aku"

namun jika solat mu cincai,
semayang di akhir waktu, tidak kusyuk kerana memikirkan hal dunia,
solat sekadar solat sahaja..
maka solat itu akan datang bertemu dengan Allah,
sebagai sehelai kain hitam yang busuk baunya,
dan solat itu akan berdoa,

"yaAllah.. lalaikanlah tuanku ini kerana dia telah lalai menjagaku"..

renung renungkan lah ijah..
dan jadikanlah secebis hadis Rasulullah ini sebagai pegangan..

"Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)."     (riwayat at;Tirmizi)


“Jagalah Allah nescaya engkau mendapati-Nya di hadapanmu; kenalilah Allah pada waktu lapang nescaya Dia mengenalimu pada waktu kesusahan. Ketahuilah, bahawa apa yang luput daripadamu tidak bakal mengenaimu, dan apa yang mengenaimu tidak bakal luput daripadamu. Ketahuilah bahawa bersama kesabaran da kemenangan; bersama kesusahan ada jalan keluar; dan bersama kesulitan ada kemudahan.”

semoga engkau berjaya di dunia dan akhirat..
 

thanks papa kerana banyak membimbing and mnasihati ijah..
walaupun papa sgt sibuk..
namun papa sentiasa ada untuk kami..
sentiasa cuba tuk beri yang terbaik tuk kami..
u're the best father in the world..
smoga rahmat Allah sentiasa mngiringi perjalanan hidup papa..
dan insyaAllah ijah akan cuba ingat dan pegang pesanan ni sampai bila bila.
lahaulawala quwwatailla billah..

Friday 23 September 2011

Temu janji yang sentiasa dimungkiri..

aku sedang round2 kat stall2 kat kl sentral. byk sgt baju and accessories yg cantik2..

aku melihat jam. "eh dah pukul 7suku la. tak sangka dah nak masuk magrib " aku bermonolog sendirian. rupanya dah 2 jam aku kat situ mnunggu abg ipar dtg jemput n aku dah round kedai yg sme nak dekat spuluh kali.

then aku pun meneruskan mncuci mata smpi la aku tgk jam balik.its already 7.30pm.

"alamak magrib dah masuk ni. alamak.. aku tak puas lagi ni nak belek stiap satu baju yg dijual kat sini ni. kot2 la terlepas pandang yg cantik2 n harga yg affordable kan, melepas la pulak. nanti if aku g smyng skrg, mesti tak kusyuk punya. bek aku round2 dulu kat sume kedai den bila dah puas baru g smyng. baru la boleh kusyuk.lagipun nanti kalau ttbe abgsaiful (abg ipar) dah smpi kang, melepas pulak aku nk tgk baju2 ni. bila lagi aku nak dtg sini. lagi pun kan lagi sejam nak masuk isyak, ade masa lagi nih."

tanpa rasa ragu2, aku mnuruti kata hati yg tak pernah aku  sedari sbenarnya itu adalah bisikan syaitan laknatullah.then aku round, round, round. test baju ni. test baju tu. bila dah rasa  puas. aku tgk jam.

its 7.50pm. "okay aku nak g smyng la. dah lambat dah ni. lagi pun sume kedai dah puas aku pusing." aku pun pegila toilet dulu dengan perasaan yg puas n bahagia sbb finally dapat jugak aku jumpa n beli shelai baju yg cantik n harga pun berpatutan.

klua je dr toilet. baru je odw nak g surau. abg ipar aku call.

"abg saiful dah sampi ni.ijah kat mne?"
"o yekee. ala jah nak smyng jap dulu boleh tak?"
"boleh. tapi cepat la sikit. sebab kat sini tak leh stop lama2."
"(alamak kalau smyng cepat2 kang nanti konpem tak kusyuk ) abg saiful dah smyng magrib ke belum ni?"
"belum..takpelah nanti kita berenti la mne2 tuk smyng magrib"
"oo okay. (smyng time dia stop mmne la nanti.kusyuk skit.)

*betapa kejinya engkau whai syaitan durjana n betapa bodohnya aku mnuruti tipu dayamu ibarat lembut yg dicocok hidung !

klua je kl sentral tu. yaAllah. JEM TERUK! abg ipar aku pun rungsing sgt sempat ke tak nak smyng ni.den bila dah struggle tuk klua dr jem tu. finally ktorang smpi satu masjid ni and ITS ALREADY 8.15. LAGI 5MIN NAK MASUK ISYAK.

sampai je masjid tu.aku pulak tak jumpa2 mne tempat tuk wanita.lepas pusing2 masjid tu, then bila dah jumpa, aku cepat2 amik air smyng. and by the time aku nak angkat takbir tu,. "Allah hu akbar Allah hu akbar.Ash haduanla ila ha illallah.."

ya Allah. hancur lebur hati aku mase tu. betapa zalimnya aku kat diri sndiri. sejam Allah tunggu aku tuk aku mngadapNya. tapi aku? aku lebih pentingkan baju2 tu dr Allah ! Astaghfiruullah hal azim.. kejamnya aku yaAllah. hinanya aku.. teruknya aku rasa. yaAllah.. ampunkan aku..!! aku sntiase mngucapkan "Engkau maha besar stiap kali solat ku dan zikir ku namun hakikatnya BAJU ITU LEBIH BESAR buatku. nauzubillah..aku slalu menghampakan mu ya Allah walaupun stiap detik dan saat dalam idup ku ini smuanya nikmat dan kurniaan darimu tanpa jemu.mata ni.tangan.hidung mulut muka kaki udara telinga duit. segala2nya kau pinjamkan kepadaku namun nape susah sgt tuk aku bersyukur? nape susah sgt tuk aku tunaikan temu janji aku denganmu wlaupun hanya amik masa 5min??? maafkan aku ya Allah..maafkan aku..

and bila aku balik rumah n test baju yg aku beli tu, sbenarnya takde la cantik mana pun.. mcm tu lah. kalau kita buat something tanpa keberkatan Allah, segalanya never gonna be perfect. kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah dan Dia shaja yg berhak mngurniakannya kepada ssiapa yg Dia mahu. smoga kisah ni dapat beri pengajaran dan iktibar kepada aku dan kita smua.

   sesungguhnya syaitan itu berjalan menuruti setiap salur darahmu..
                                  
moga kita sentiasa diberikan hidayah dan dikuatkan iman.wsalam.

Tuesday 20 September 2011

Kenali saya

oleh sebab this is my first entry, so eloklah kalau i introduce myself dulu kan.,

1.nama diberi KHADIJAH BINTI ABDUL RAZAK. haaa ni sy rase mende yang paling important to be mentioned sebab rmai kawan2 kat skola dulu yang tak mnyangka ni adlh nme sebenar sy. but honestly, dulu sy sgt tak suka dgn nma khadijah ni. yelah. rse mcm kampung. kuno. ish3.. tapi bila pegi mesir, stiap kali org arab denga nama ni, dorang automatik akan sebut, SubhanAllah, mashaAllah, dan baru aku sedar betapa besarnya maksud nme ni dan insyaAllah sy akan cuba mncontohi akhlak "pemilik" sebenar nme ini sikit demi sikit. insyaAllah :)

2. sy ade brapa siblings ye? jap nak kira. 1,2,3,4,5.....15! hahaa yeah nila anugerah Allah yang sgt besar buat sy. Alhamdulillah :) sy adalah anak yg KE-8. actually mak kandung sy sudah kembali ke Rahmatullah ketika umur sy 4 tahun kerana penyakit breast cancer. dan 2 tahun kemudiannya, ayah sy berkahwin dengan mak tiri sy yg kini sy panggil umi. and 15 org tu actly termasuk 5 org adik tiri yg sy syangi :)

smasa wedding abg saya. anas dan amir.
bergamba sbelum pernikahan abg saya, anas.

smasa mnghantar abg sy, ihsan ke sabah.


3.mmpunyai 9 ANAK sedare. hehee so dlm erti kata lainnya, sy ni boleh dikatakan seroang babysiiter yg terhandal la jugak kan *agak perasan sikit di situ. sbb stiap kali munculnya ank sedara yg baru, ktorang yg free and available ni lah yg kena jadi babysitter. tapi aku sukaa.best sgt sriusly. I LIKE CHILDREN VERY MUCH. tapi dengan syarat dia tak reti bcakap lagi la. kalo dah reti cakap tuu. err. sorry to say la. mnyampeh sikit kot huhu =,= .sorang saje lagi abg atas sy yg tak kawin lagi then its gonna be my turn ! fuh. *dah tua dah aku ni rupenye. takpelah. smoga Allah tentukan jodoh yang terbaik tuk aku nanti :) 

abg saya,anas bsame anaknya(kiri) and ana kakk sulung,aisyah.

anak my sis fatimah yg baru je tak sampai sbulan.

my brother, amir's son.tembam sgt geram !

3. lahir pada 11 october 1991 di Hospital Besar Kelantan dan menetap di kelanatn shinggalah selepas kematian arwah mama, idup kami mula berpindah randah. dr kelantan-alor setar-terengganu-selangor-perak kerana follow ayah sy pindah tempat kejanya dan finally samapi la ayah sy pencen, ayh sy decide tuk menetap di sungai buloh, selangor hinggalah skrg.

sebenarnya dah penat nak pike idea ni so better sy stop kat sini dulu. yelah dah lama rasanya tak mngarang essay bm ni so rase mcm susahh sgt nak pike ayat. haha so insyaAllah sy akan smbung lagi nex time. bubye !

welcome.. :)

Assalamualaikum..

So, finally. tercapai jugak hasratku tuk membuat satu blog. yeah i admit. i'm not a good writer. just wanna share with u all, some piece of my life :) so, setinggi tinggi terima kasih kpd nani yang sanggup bersengkang mata mnyiapkan blog ni dan insyaAllah saya akan try update dari semasa ke semasa. ok? hope u enjoy it !