Friday, 23 September 2011

Temu janji yang sentiasa dimungkiri..

aku sedang round2 kat stall2 kat kl sentral. byk sgt baju and accessories yg cantik2..

aku melihat jam. "eh dah pukul 7suku la. tak sangka dah nak masuk magrib " aku bermonolog sendirian. rupanya dah 2 jam aku kat situ mnunggu abg ipar dtg jemput n aku dah round kedai yg sme nak dekat spuluh kali.

then aku pun meneruskan mncuci mata smpi la aku tgk jam balik.its already 7.30pm.

"alamak magrib dah masuk ni. alamak.. aku tak puas lagi ni nak belek stiap satu baju yg dijual kat sini ni. kot2 la terlepas pandang yg cantik2 n harga yg affordable kan, melepas la pulak. nanti if aku g smyng skrg, mesti tak kusyuk punya. bek aku round2 dulu kat sume kedai den bila dah puas baru g smyng. baru la boleh kusyuk.lagipun nanti kalau ttbe abgsaiful (abg ipar) dah smpi kang, melepas pulak aku nk tgk baju2 ni. bila lagi aku nak dtg sini. lagi pun kan lagi sejam nak masuk isyak, ade masa lagi nih."

tanpa rasa ragu2, aku mnuruti kata hati yg tak pernah aku  sedari sbenarnya itu adalah bisikan syaitan laknatullah.then aku round, round, round. test baju ni. test baju tu. bila dah rasa  puas. aku tgk jam.

its 7.50pm. "okay aku nak g smyng la. dah lambat dah ni. lagi pun sume kedai dah puas aku pusing." aku pun pegila toilet dulu dengan perasaan yg puas n bahagia sbb finally dapat jugak aku jumpa n beli shelai baju yg cantik n harga pun berpatutan.

klua je dr toilet. baru je odw nak g surau. abg ipar aku call.

"abg saiful dah sampi ni.ijah kat mne?"
"o yekee. ala jah nak smyng jap dulu boleh tak?"
"boleh. tapi cepat la sikit. sebab kat sini tak leh stop lama2."
"(alamak kalau smyng cepat2 kang nanti konpem tak kusyuk ) abg saiful dah smyng magrib ke belum ni?"
"belum..takpelah nanti kita berenti la mne2 tuk smyng magrib"
"oo okay. (smyng time dia stop mmne la nanti.kusyuk skit.)

*betapa kejinya engkau whai syaitan durjana n betapa bodohnya aku mnuruti tipu dayamu ibarat lembut yg dicocok hidung !

klua je kl sentral tu. yaAllah. JEM TERUK! abg ipar aku pun rungsing sgt sempat ke tak nak smyng ni.den bila dah struggle tuk klua dr jem tu. finally ktorang smpi satu masjid ni and ITS ALREADY 8.15. LAGI 5MIN NAK MASUK ISYAK.

sampai je masjid tu.aku pulak tak jumpa2 mne tempat tuk wanita.lepas pusing2 masjid tu, then bila dah jumpa, aku cepat2 amik air smyng. and by the time aku nak angkat takbir tu,. "Allah hu akbar Allah hu akbar.Ash haduanla ila ha illallah.."

ya Allah. hancur lebur hati aku mase tu. betapa zalimnya aku kat diri sndiri. sejam Allah tunggu aku tuk aku mngadapNya. tapi aku? aku lebih pentingkan baju2 tu dr Allah ! Astaghfiruullah hal azim.. kejamnya aku yaAllah. hinanya aku.. teruknya aku rasa. yaAllah.. ampunkan aku..!! aku sntiase mngucapkan "Engkau maha besar stiap kali solat ku dan zikir ku namun hakikatnya BAJU ITU LEBIH BESAR buatku. nauzubillah..aku slalu menghampakan mu ya Allah walaupun stiap detik dan saat dalam idup ku ini smuanya nikmat dan kurniaan darimu tanpa jemu.mata ni.tangan.hidung mulut muka kaki udara telinga duit. segala2nya kau pinjamkan kepadaku namun nape susah sgt tuk aku bersyukur? nape susah sgt tuk aku tunaikan temu janji aku denganmu wlaupun hanya amik masa 5min??? maafkan aku ya Allah..maafkan aku..

and bila aku balik rumah n test baju yg aku beli tu, sbenarnya takde la cantik mana pun.. mcm tu lah. kalau kita buat something tanpa keberkatan Allah, segalanya never gonna be perfect. kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah dan Dia shaja yg berhak mngurniakannya kepada ssiapa yg Dia mahu. smoga kisah ni dapat beri pengajaran dan iktibar kepada aku dan kita smua.

   sesungguhnya syaitan itu berjalan menuruti setiap salur darahmu..
                                  
moga kita sentiasa diberikan hidayah dan dikuatkan iman.wsalam.

7 comments:

NAni said...

huhu..hang ni dh boleh buat artikel untuk majalah solusi.paling kurang gen-Q.thumbs up!

eja said...

haha btw, baru aku tau genQ tu seangkatan je dgn solusi. patutla same2 best. apedaaa

Anonymous said...

sangat suke baca entry ni. huhuhu

eja said...

apis kan? hehe thank you :)

Anonymous said...

hallammakk. penat jadi anonymous =_="

eja said...

haha. jadi anomymous ke, mickey mouse ke, bau busuk tu tetap ade ;D

Anonymous said...

kuang hajaq! :p