Sunday 25 September 2011

nasihat seorang ayah

ijah..
belajar itu satu kewajipan..
maka belajarlah kerana Allah..
tuntutlah ilmu setinggi-tingginya kerana itulah yang dituntut oleh Allah..
siapa Allah?
tanyalah hatimu ijah.hanya hatimu sahaja yang mengetahuinya..

ijah..
membuat kebaikan itu satu kewajipan..
maka buatlah kebaikan terhadap sesiapun di muka bumi ini..
jadilah seorang manusia yang berguna kepada orang lain..
kerana sebaik baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain..

justeru,
datanglah seteruk mana pun ejekan atau hinaan yang menjatuhkan semangatmu untuk belajar bersungguh2,
datanglah setinggi mana pun pujian dan kebanggaan yang dapat meriakkanmu untuk berbuat kebaikan,

beristighfarlah ijah..
dan janganlah sesekali engkau berhenti dalam perjuangan ini..
kerana bukanlah pandangan orang yang engkau harapkan dalam perjuangan ini
tetapi hanyalah secebis keberkatan hidup dari yang maha Esa
jikalau engkau ikhlas kerana Allah, maka semangat itu akan sentiasa ada ijah.
dan ganjaran Allah itu pasti..

  "sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.."

ijah..
apabila engkau berda di tempat yang tertinggi dalam kalanganmu,
jika engkau merasa engkaulah yang paling baik dan berguna dibandingkan dengan rakan2 sekelilingmu,
jangan sesekali engkau merasa bangga dan riak ijah !
kerana ada ramai lagi manusia yang jauh jauh jauhh lebih hebat, lebih baik, lebih pandai, lebih sempurna, lebih berjaya darimu dalam dunia ini..
apalah sangat kebaikan dan kejayaan yang kita dah lakukan ni berbanding dengan apa yang terlah sahabat2 dan Nabi Muhammad telah lakukan..
sedarlah betapa kerdilnya engkau ijah..

dan begitu juga jikalau engkau merasa sedih..
kecewa dengan kelemahan diri, rasa diri ini tidak cantik, rasa diri ini tidak sempurna, tak berjaya, tak pandai..
jangan sesekali engkau bersedih.
kerana if u do,
nescaya engkau tergolong dalam golongan org yg tidak bersyukur..
bukankah engkau tau,
bersyukur itu lebih tinggi darjatnya dari bersabar?

 " dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah,nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya"

dan percayalah..
seteruk mana pun yang engkau rasa..
pasti ada manusia yang perasaann dan keadaannya lebih teruk darimu..
jadi bersyukur lah..kerana Allah masih menyayangimu..
dan sedarlah Allah memang sentiasa menyayangimu..
Allah lah satu-satunya kekasih yang tidak akan menghampakan kekasihnya ijah..
dan percayalah setiap ketentuan Allah itu ada hikmah disebaliknya
apa yang engkau dapat, maka itulah yang terbaik utk mu.
dan alangkah ruginya jikalau kau tidak yakin dengan Allah
kerana Allah sendiri telah berfirman,

"Aku ialah apa yang Engkau fikirkan tentang Ku"

jadi bersangka baiklah dengan Allah selalu...

ijah..
jagalah solat, nescaya Allah akan menjagamu..
kerana selepas sahaja engkau solat,
solat itu akan naik berjumpa dengan Allah s.w.t.

jika baik dan sempurna solatmu,
maka solat itu akan bertemu dengan Allah sebagai sehelai kain putih yang wangi baunya..
dan solat itu akan berdoa,

"yaAllah.. jagalah tuanku ini kerana dia telah menjaga aku"

namun jika solat mu cincai,
semayang di akhir waktu, tidak kusyuk kerana memikirkan hal dunia,
solat sekadar solat sahaja..
maka solat itu akan datang bertemu dengan Allah,
sebagai sehelai kain hitam yang busuk baunya,
dan solat itu akan berdoa,

"yaAllah.. lalaikanlah tuanku ini kerana dia telah lalai menjagaku"..

renung renungkan lah ijah..
dan jadikanlah secebis hadis Rasulullah ini sebagai pegangan..

"Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)."     (riwayat at;Tirmizi)


“Jagalah Allah nescaya engkau mendapati-Nya di hadapanmu; kenalilah Allah pada waktu lapang nescaya Dia mengenalimu pada waktu kesusahan. Ketahuilah, bahawa apa yang luput daripadamu tidak bakal mengenaimu, dan apa yang mengenaimu tidak bakal luput daripadamu. Ketahuilah bahawa bersama kesabaran da kemenangan; bersama kesusahan ada jalan keluar; dan bersama kesulitan ada kemudahan.”

semoga engkau berjaya di dunia dan akhirat..
 

thanks papa kerana banyak membimbing and mnasihati ijah..
walaupun papa sgt sibuk..
namun papa sentiasa ada untuk kami..
sentiasa cuba tuk beri yang terbaik tuk kami..
u're the best father in the world..
smoga rahmat Allah sentiasa mngiringi perjalanan hidup papa..
dan insyaAllah ijah akan cuba ingat dan pegang pesanan ni sampai bila bila.
lahaulawala quwwatailla billah..

4 comments:

Anonymous said...

:')

Maryam Hanani Abdul Razak said...

papa... :) byk2 nasihat,nsihat dialah yg terbaik.sbb dia jelah yg lebih tau perangai kita, anak2 yg dia jga dr kecik smpai besar.

Maryam Hanani Abdul Razak said...

btw ijah,hg sibuk ke skrang?update leee

Veteran Blogger said...

ikut ke semua nasihat 2? haha..